Tuesday, 7 April 2009

Impian Sebenar - The Real Dream

"...dunia ini adalah sementara, akhirat jualah tempat yang kekal selama-lamanya.. " begitulah ucapan khatib Jumaat yang sering melaung-laungkan kepada para jemaah yang hadir.

Sebagai orang Islam, mesti ada cita-cita, mesti ada impian, mesti ada harapan yang kuat, teguh, kekal di dalam jiwa dan hati iaitu impian segala impian yang mesti yakin dengan penuh keimanan bahawa kita akan berjaya menghadap Allah berdiri di hadapanNya setelah berjaya menjalani ujian kehidupan di dunia ini. InsyaAllah. Soalannya apa ujiannya? adakah kita sedar kita sekarang sedang diuji olehNYA? Dalam banyak-banyak ujian, ujian yang paling sukar apabila kita berada diwaktu yang senang, sebabnya mudah, bila kita kaya, senang dan mewah mudah sekali hati dan jiwa kita lalai dengan perintahNYA.

Jadi tidak patut kita kecewa dengan kehidupan didunia ini, kalau kita gagal mencapai sesuatu. Bukan untuk mendidik kita supaya mengambil mudah segala apa urusan dunia. Tetapi mendidik kita supaya cita-cita yang ada didalam hati dan jiwa kita mestilah melangkaui batasan dunia yang sementara ini. entah besok atau lusa, kita tak akan tahu bila kita akan mati. Urusan mati ini hanya Allah sahaja yang tahu. Sama ada kita kaya, miskin, Raja atau rakyat, terkenal atau tidak, pandai atau bodoh kita tak akan mampu untuk tahu bila kita akan mati. Betapa bijaksanaNya Pencipta kita merahsiakan perpisahan kita dengan alam dunia ini dan sepatutnya tiada alasan untuk kita mengatakan hidup kita lama lagi, "Orang tu dah tua tak lama lagi akan mati. entah-entah kita mati dulu, siapa tahu?". Oleh itu tiada alasan untuk kita tidak tunduk kepadaNya, apatah lagi mengutamakan urusan di dunia ini melebihi dari urusan yang Allah wajibkan kepada kita untuk tunaikan.

No comments:

Post a Comment