Friday, 14 May 2010

Apa kekuatan untuk hidup?

Hidup ini untuk apa? Kenapa kita dihidupkan? Kemana pula kesudahan penghidupan ini? Kuasa apa yang mencipta kita? Apa asal-usul kita? Apa sebenarnya yang memberi kekuatan untuk hidup kita ini?

Berapa ramai manusia yang hidup akhirnya sesat mencari arah, tidak tahu ke mana hendak dituju apabila mencapai sesuatu atau tidak mencapai sesuatu.

Adakah hidup akan berhenti setelah mencapai sesuatu berbentuk barangan, wang ringgit, harta dan pangkat? atau hidup akan bermula setelah mendapat sesuatu?

Berapa ramai manusia yang mengkaji Al-Quran dari sekadar mengaji sahaja atau yang lebih teruk lagi langsung tidak menyentuh Al-Quran dalam sehari?

Apatah lagi berapa ramai yang mengkaji hadith daripada sumber-sumber yang sahih dan mempraktikan dalam kehidupan seharian.

Kita sehari-hari dipertontonkan dengan iklan tv yang akhirnya mencipta satu pemikiran yang akan menyebabkan kita mempercayai cerita-cerita ciptaan yang nampak manis dimata tetapi kesannya tidak lama. Akhirnya suatu masa nanti setelah tersedar, rupa-rupanya ia adalah palsu semata. Nasib baik sedar, kalau masih buta, nampaknya sampai ke matilah kita kena tipu.

1 comment:

  1. Sabda Nabi..
    'Aku tinggalkan kpdmu dua perkara..Yg bilamana engkau berpegang kpd kedua2nya, nescaya engkau tidak akan sesat selama2nya..Iaitu kitabullah (Alquran) dan sunnah rasulnya..'

    ReplyDelete