Aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini kepada semua pelajar-pelajar dan bekas pelajar aku dan juga kepada semua muslimin dan muslimat secara umumnya di Malaysia ini dan seluruh 1.6 bilion penganut agama Islam di seluruh dunia.
Malam tadi bermulanya solat sunat tarawih pertama di surau berhampiran kediamanku, seperti tahun2 sebelum ini, biasanya surau memang penuh pada malam2 awal ramadhan. Senario yang berbeza akan kelihatan pada malam2 pertengahan dan pengakhiran ramadhan. Apa yang berbeza kita sama2 la saksikan.
Hurm pada tahun ini, selepas 4 rakaat pertama tarawih diadakan sedikit tazkirah dalam masa 15 - 20 minit oleh ustaz jemputan. Antara yang aku ingat lagi apa yang ustaz katakan, perut memerlukan selama 4 jam untuk menghadam makanan yang kita makan. Oleh itu pastikan apabila kita nak tidur, kita tidak makan 4 jam sebelum itu. Ustaz itu kata, dia merujuk daripada seorang doktor perubatan. Ini bermakna kalau kita tidur malam bermula pukul 10.00 malam contohnya, bermakna paling lewat kita boleh makan berat adalah pada pukul 6 - 7 ptg. Jika kita amalkan insyaAllah, kita akan menjadi manusia yang sihat kerana perut akan rehat secukupnya waktu kita tidur pada 10.00 mlm dan bukannya terus bekerja memproses atau menghadam makanan kita sedangkan kita pula tidur.
Hurmm manusia yang jahil adalah manusia yang tidak mendapat ilmu, hidayah dan petunjuk daripada Allah, apabila tidak mendapat aksessibiliti maklumat yang betul iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah maka sesatlah manusia itu selama-lamanya - maksud hadis Nabi.
Apatah lagi yang liat untuk ke masjid dan surau, dia akan mendapat maklumat daripada orang-orang yang tiada tauliah dan tidak diiktiraf oleh institusi ilmu, maka maklumat yang diterima tidak sah secara saintifiknya, kemudian dia pula ceritakan pula kepada orang lain, maka bercambahlah ilmu-ilmu sesat tersebut.
Sama-samalah kita memantap dan memperbaiki diri kita yang ada sahaja kelemahan di sana - sini, semoga kita menjadi seperti yang disarankan Nabi iaitu penambahbaikkan berterusan insyaAllah.
Tuesday, 10 August 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment