Seperti biasa selesai sahaja solat tarawih raakat ke-4, ustaz jemputan akan memberi sedikit tazkirah dalam masa lebih kurang 30 minit. Malam ini, ustaz jemputan daripada Maahad Tahfiz Kelantan memberi tazkirah yang amat menyentuh hati aku.
Dengan wajahnya yang memancar-mancar wajah keimanan beliau memberi tazkirah dengan amat bersahaja, tidak terlalu lawak dan tidak pula terlalu serius, amat sederhana tetapi cukup mengesankan.
Mudah sahaja topik yang beliau bawa iaitu menghidupkan hati supaya rajin beribadah kepada Allah, rajin ke surau, rajin ke masjid. Kata beliau hati manusia ini akan berkarat kalau tidak diberi 2 jenis ubat. Ubat ini tak perlu dibeli, tetapi perlu di amalkan berdasarkan ilmu yang dipelajari.
Ubat yang pertama adalah wajibkan kepada diri kita sendiri, selepas solat fardhu bacalah Al-Quran sehelai dua pun ok. tetapi hendaklah istiqamah. Al-Quran ini seperti yang kita ketahui mukjizat Allah. Kitab yang mengandungi rahsia-rahsia yang tidak terungkap di dalam mana-mana sumber rujukan lain pun di dunia ini. Baca sahajapun dapat pahala, apatah lagi kita dapat memahami kandungan yang terkandung dalam Al-Quran tersebut, berganda-ganda pahala yg kita perolehi.
Orang yang sentiasa berdamping dengan Al-Quran akan mendapat syafaat di dalam alam-alam selepas dunia. Waktu-waktu begini Al-Quran akan datang memberi pertolongan di saat tiada sesiapapun yang mampu memberi pertolongan. Tidak kira sehebat manapun manusia didunia ini, harta, pangkat dan wang ringgit tidak akan mampu memberi pertolongan kepadanya kecuali 3 perkara 1. Anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapanya. 2. Sedekah jariah kepada orang yang memerlukan. 3. ilmu yang bermanfaat untuk digunakan oleh generasi akan datang.
Ubat yang kedua adalah sentiasa kita mengingati mati. Seperti maksud hadis Nabi SAW, orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapi mati. Orang yang mengingati mati, tentunya akan gentar dan takut menghadapi saat-saat roh akan berpisah dengan jasad. Sehingga Nabi sendiri tidak tertanggung rasa sakitnya apatah lagi kita umatnya. Sehingga malaikat maut sendiri berkata kepada Nabi tidak pernah aku buat sebaik ini kepada sesiapapun selain daripada Nabi, itupun tetap juga Nabi merasa sakit. Hurmm tak tahu aku nak cakap apa, sebab situasi menghadapi mati, semua orang akan merasainya. Banyak-banyaklah memohon ampun dan taubat daripada Allah.
Inilah 2 ubat yang paling mujarab untuk menjadikan kita sentiasa rajin, lunak hati, sentiasa patuh kepada tuntutan Allah. Moga sedikit ilmu yang kita peroleh ini kita sampai-sampaikan kepada manusia yang lain.
Thursday, 2 September 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment