Bila disebut pengaturcaraan atau programming, bagai menjadi suatu fobia dikalangan sesetengah pelajar yang kalau boleh tidak mahu terlibat langsung dengan pengaturcaraan ini. Saya mendengar banyak komen dan rungutan dari pelajar yang mengatakan pengaturcaraan ini sesuatu yang sukar dan puas jugalah dipihak saya dan kawan-kawan untuk mempertahankan dan menangkis komen-komen pelajar ini supaya dapat memberikan penawar kepada "sakit" yang dihadapi oleh para pelajar ini.
Cuba kita membuka mata, lihat di sekeliling dan renung sedalam-dalamnya di samping memikirkan secara waras dan positif, bahawa mahu atau tidak serta percaya atau tidak, kita hidup di zaman yang mana teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi keperluan kepada kehidupan kita. Bila disebut sahaja ICT tidak lain dan tidak bukan adalah kita menggunakan perisian di dalam melaksanakan tugas-tugas seharian. Kita ber'sms', kita bangun tidur digerakkan oleh jam telefon bimbit, kita bermain permainan komputer, PSP, Play Station, mobile game, mengira menggunakan kalkulator elektronik, menaip dokumen menggunakan pemproses perkataan, membuat persembahan, membayar bil utiliti, memindahkan duit, mencari maklumat, mencari pekerjaan, membaca berita, melihat video klip, mencari lokasi sesuatu tempat, menghantar e-mail dan sebagainya semuanya menggunakan sesuatu yang disebut sebagai perisian. Perisian ini tidak lain dan tidak bukan dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Bayangkan ini adalah fardu kifayah kepada umat Islam untuk melunaskan muamalat seharian dalam kehidupan kini.
Tetapi kita lihat kembali, siapa sebenarnya yang mencipta perisian ini. Siapa sebenarnya yang menjadi pengaturcara yang memudahkan urusan dan muamalat ini dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Sehinggakan manusia terkaya didunia ini adalah hanya kerjanya menjual perisian semata-mata.
Adakah kita ini, bangsa ini, umat ini hanyalah semata-mata hanya pengguna sahaja kepada segala jenis kemudahan yang disediakan. Mana maruah kita! Tepuk dada tanya iman!
Laman web Pengaturcaraan
Ini contoh laman web yang boleh digunakan untuk belajar secara sendiri bidang pengaturcaraan ini.
http://www.w3schools.com/
Thursday, 5 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment