Cari punya cari, akhirnya jumpa juga paper ni, kita selalu dengar dan selalu membaca dan diceritakan kepada kita berkenaan dengan waterfall model ini, tapi siapa yang menciptanya? siapa yang menghasilkan model yang paling popular dan boleh dikatakan sebagai model yang paling asas (fundamental) tidak pula kita ketahui.
Ini yang dikatakan research bermakna, we need to keep searching and searching and searching again until we found what we want or as stated in our objective. Proses pencarian merupakan proses fitrah dalam kehidupan manusia. Manusia mencari kekayaan, mencari kebahagiaan, mencari pasangan hidup, mencari keberkatan, mencari dan mencari dan ada juga manusia yang sesat dan menyimpang jauh mencari sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada kehidupan mereka.
Sebagai manusia yang dianugerahkan Allah dengan kemampuan berfikir dan pancaindera yang sempurna, tidak sepatutnya kita mencari sesuatu yang boleh memberikan hasil yang sia-sia dalam hidup kita. Hidup ini tidak lama, dan dalam kehidupan di alam dunia yang tidak lama inilah kita takut hati kita, lidah kita dan pancaindera kita, tidak basah mengucapkan zikrullah.
Banyak manusia yang lalai yang mencari sesuatu yang tidak memberi kebaikan kepada mereka. Kalau kita jauh sesat dan lalai, cepat-cepat kita kembali mencari jalan yang sebenar yang boleh memberikan kita sesuatu yang bermakna dalam kehidupan kita. Apa lagi yang kita mahukan selain daripada kecemerlangan hidup didunia dan diakhirat.
Berbalik kepada waterfall model ini, sila layari url ini dan boleh memindah turun fail yang berkenaan http://www.cs.umd.edu/class/spring2003/cmsc838p/Process/waterfall.pdf
Friday, 6 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment