Tuesday, 6 October 2009
Gaji ohh Gaji
Gaji asas PM Malaysia (tak termasuk elaun2) = RM 22 826.65
Gaji asas TPM (tak termasuk elaun2) = RM 18 168.15
Gaji asas M (tak termasuk elaun2) = RM 14 907.20
Gaji asas TM (tak termasuk elaun2) = RM 10 847.65
Gaji asas JUSA C (di IPTA ini gaji asas bagi prof penuh) = RM 7000 ++
Gaji Ahli Parlimen (termasuk elaun2) = RM 13 108.79
Gaji Senator (termasuk elaun2) = RM 10 712.79
------------------------------------
Gaji PM Singapore = RM 600 000 / bulan
= RM 7.25 Juta / tahun
Gaji Presiden US = RM 116 666 / bulan
= RM 1.4 juta / tahun
Gaji PM Britain = RM 91 666 / bulan
= RM 1.1 juta / tahun
Gaji PM Australia = RM 78 560 / bulan
= RM 943 808 / tahun
-----------------------------------------------
Gaji CEO GLC Malaysia
Gaji CEO CIMB Bank = RM 779 166 / bulan
= RM 9.35 juta / tahun
Gaji CEO Maybank = RM 148 333 / bulan
= RM 1.78 juta / tahun
Gaji CEO Sime Darby = RM 170 833 / bulan
= RM 2.05 juta / tahun
Gaji CEO Bursa Malaysia = RM 164 166 / bulan
= RM 1.97 juta / tahun
Wow kayanya dia orang ni. hehe.
Wednesday, 19 August 2009
Pesan Iman Al-Ghazali
Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengankitaialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akanmati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalahMASALALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akandapatkembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hariesok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai denganajaran Agama.
Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalahHAWANAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH
(Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikatsemua
tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin didunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupipermintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka keranagagalmemegang amanah.
Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringansekalididunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atauurusandunia, kita tinggalkan solat
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia iniadalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakitihatidan melukai perasaan saudaranya sendiri
Monday, 20 April 2009
RM1 juta tidak cukup selepas bersara
Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar 'cukup makan' jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan.
Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti.
''Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini.
Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.
Sasitharan berkata, walaupun amalan menabung masih lagi rendah di kalangan rakyat Malaysia tetapi ia adalah perkara normal bagi negara yang memiliki populasi muda.
Bagaimanapun, situasi itu perlu diperbaiki sebelum menimbulkan masalah kepada negara kerana dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi Malaysia berpotensi untuk mempunyai majoriti penduduk dewasa.
Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menukar persepsi yang ada dan menjadi lebih bersedia dalam mengharungi dunia persaraan tanpa perlu mengurangkan gaya hidup sedia ada.
''Di Malaysia, pesara secara automatik akan mengubah gaya hidup kebelakang berikutan kekangan wang untuk meneruskan gaya hidup selesa semasa bekerja.
''Sebab itu, pesara akan balik ke kampung selepas bersara dengan harapan dapat mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mengurangkan beban kos hidup,'' jelasnya.
Beliau menafikan bahawa amalan menabung hanya berupaya dilakukan oleh golongan yang memiliki gaji yang lumayan.
''Dakwaan ini tidak benar kerana golongan pekerja yang memiliki gaji RM1,000 pun menabung, secara perlahan-lahan kerana gaji yang diperoleh akan mengalami kenaikan seiring tempoh bekerja,'' jelasnya.
Sasitharan menegaskan, masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih mengutamakan gaya hidup berbanding menabung.
Sambil memberi contoh, katanya, rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih cenderung berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji.
''Sekarang ini, kad kredit telah mengawal perbelanjaan rakyat Malaysia, ini memang budaya bahaya kerana setiap kali mendapat gaji, kita akan mendahulukan hutang,'' katanya.
Ditanya apa yang perlu dilakukan jika tabungan pekerja masih tidak mencukupi pada usia 55 tahun, Sasitharan berkata: ''Pekerja itu perlu terus bekerja kerana usia persaraan 55 tahun adalah masih muda berbanding negara maju pada usia 65 tahun. Ini bukan bermakna pesara yang tidak mempunyai cukup simpanan masih mempunyai 10 tahun lagi untuk menabung,'' kata beliau.
sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm
Friday, 10 April 2009
Kenapa doa tidak dimakbulkan?
-Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
-Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
-Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
-Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
-Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
-Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
-Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
-Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
-Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan
keaiban kamu sendiri.
-Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar
daripadanya.
Daripada sepuluh sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah - setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.
sumber : http://syarifahsafiyah.multiply.com/journal/item/12
Tuesday, 7 April 2009
Impian Sebenar - The Real Dream
Sebagai orang Islam, mesti ada cita-cita, mesti ada impian, mesti ada harapan yang kuat, teguh, kekal di dalam jiwa dan hati iaitu impian segala impian yang mesti yakin dengan penuh keimanan bahawa kita akan berjaya menghadap Allah berdiri di hadapanNya setelah berjaya menjalani ujian kehidupan di dunia ini. InsyaAllah. Soalannya apa ujiannya? adakah kita sedar kita sekarang sedang diuji olehNYA? Dalam banyak-banyak ujian, ujian yang paling sukar apabila kita berada diwaktu yang senang, sebabnya mudah, bila kita kaya, senang dan mewah mudah sekali hati dan jiwa kita lalai dengan perintahNYA.
Jadi tidak patut kita kecewa dengan kehidupan didunia ini, kalau kita gagal mencapai sesuatu. Bukan untuk mendidik kita supaya mengambil mudah segala apa urusan dunia. Tetapi mendidik kita supaya cita-cita yang ada didalam hati dan jiwa kita mestilah melangkaui batasan dunia yang sementara ini. entah besok atau lusa, kita tak akan tahu bila kita akan mati. Urusan mati ini hanya Allah sahaja yang tahu. Sama ada kita kaya, miskin, Raja atau rakyat, terkenal atau tidak, pandai atau bodoh kita tak akan mampu untuk tahu bila kita akan mati. Betapa bijaksanaNya Pencipta kita merahsiakan perpisahan kita dengan alam dunia ini dan sepatutnya tiada alasan untuk kita mengatakan hidup kita lama lagi, "Orang tu dah tua tak lama lagi akan mati. entah-entah kita mati dulu, siapa tahu?". Oleh itu tiada alasan untuk kita tidak tunduk kepadaNya, apatah lagi mengutamakan urusan di dunia ini melebihi dari urusan yang Allah wajibkan kepada kita untuk tunaikan.
Saturday, 4 April 2009
Bacaan Dalam Solat
Doa Iftitah
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.Sesungguhnya solatku,Ibadatku,Hidupku,MatikuAdalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidakMenyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Yang menguasai Hari pembalasan.Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalanmereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,Rahmatilah daku,Kayakan daku,Angkatlah darjatku,Rezekikan daku,Berilah aku hidayah,Sihatkanlah daku DanMaafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah sertaKeberkatannya.Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanyaMuhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanyaMuhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atasIbrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yangberkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkautetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dansahabat-sahabatnya .
"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggupke NerakaMu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allahjadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .keduaibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggaldunia" AKAN KU SAMPAI KAN WALAUSEBARIS AYAT
Sumber : forwarded by Prof Dr Zainab Abu Bakar
Asal Usul Solat
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkalabaginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnyaialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telahkeluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitutatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya NabiIsmail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalusujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala bagindadikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus ditepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunuslalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allahdaripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .
MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkalabaginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktuitu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaatkerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya SitiMariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allahjua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika ituNabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalamdadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaandukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empatrakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun . Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solatSemoga dengan memahami bacaanAkan membuat Kita lebih khusuk dalam solat.
Sumber : -----Forwarded by Prof Dr Zainab Abu Bakar/TMSK/UiTM on 05/27/2008 08:56PM -----
Terapi Solat
KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok. Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot. Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya. Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris. Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM. Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun.
Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah. Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang. Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya. Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu. Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit. Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.
sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20081019085358/Article/
Tuesday, 31 March 2009
Learn UML through netbeans
http://www.netbeans.org/kb/60/uml/re-sampleapp.html#JavaProject
Tuesday, 17 March 2009
Melayu paling ramai berpendapatan bawah RM1,000
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Hrkh) - Jabatan Perdana Menteri mendedahkan orang Melayu paling ramai yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan berbanding dengan kaum lain di negara ini.
Perkara ini diperolehi melalui perangkaan yang dibuat oleh Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang terkini tahun 2007 yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, S K Devamany di Persidangan Dewan Rakyat, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata, anggaran isi rumah yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan itu dijalankan ke atas seramai 496,500 isi rumah.
Daripada jumlah tersebut katanya, pecahan mengikut kaum ialah seramai 301,000 (Melayu), 50,900 (Cina), 29,000 (India), 29,300 (Kadazan), 7,500 (orang Asli) dan kaum lain - 78,800.
Bagi kumpulan berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 di mana daripada jumlah tersebut 976,500 adalah (Melayu),300,800 (Cina), 121,500 (India), 15,300 (Kadazan), 2,500 (orang Asli) dan lain-lain 89,9000," katanya yang menjawab soalan yang dibangkitkan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (KeADILan - Sungai Siput) dalam sesi soal jawab.
Keseluruhan bilangan isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000 Melayu juga paling tinggi iaitu 614,700, berbanding Cina 300,800 dan India 121,500 daripada jumlahnya keseluruhan isi rumah iaitu sebanyak 1,144,700.
Manakala, kumpulan pendapatan RM3,001 hingga 4,000 kaum Melayu berada di tempat teratas iaitu 380,500 daripada keseluruhan isi rumah 734,000.
Beliau berkata, bagi julat pendapatan antara RM5,001 hingga RM10,000 yang melibatkan 914,200 isi rumah Melayu sebanyak 419,200 berbanding Cina sebanyak 368,400.
Sementara itu beliau berkata, kumpulan berpendapatan RM10,001 -RM20,000 dengan melibatkan 235,300 isi rumah kaum Cina menguasai pendapatan tersebut iaitu sebanyak 118,700 berbanding Malayu 85,700 dan India 23,400.
"Kumpulan pendapatan melebihi RM20,000 pula terdapat 49,500 isi rumah dan daripada jumlah tersebut 16,500 merupakan isi rumah Melayu, 27,900 Cina, 3,600 India dan 1,500 dari lain-lain kumpulan etnik," katanya. - mks. _
Saturday, 14 March 2009
Kemiskinan Bukan Penghalang Kejayaan
KOTA BHARU 14 Mac – “Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak (panggilan keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, gambar) terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan.
“Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.”
Demikian luahan ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Mariani Omar, 42, ketika ditanya mengenai kesusahan dia dan suami, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, membentuk seorang insan contoh.
Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.
Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.
“Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti. Kata kakak, dia hendak buat roti banyak-banyak.
“Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya bersyukur kerana dia menerima kekurangan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Nik Nur Madihah, 18, anak seorang nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan SPM 2008.
Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.
Dia juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.
Kesusahan hidup Nik Nur Madihah yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan Chepa dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Mariani berkata, sejak kecil anaknya itu gemar membaca buku dan setiap masa terluang tidak pernah dibiarkan begitu saja.
“Memang dari kecil lagi dia minat benar dengan buku. Saya dan suami tidak pernah paksa kakak membaca buku, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib.
“Sifat ulat buku ini turun kepada tiga adiknya,” tambahnya.
Menurut Mariani, seorang lagi anaknya kini menuntut dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Bachok, seorang dalam tingkatan tiga di bawah tajaan Permodalan Nasional Berhad di Bandar Salak Tinggi dan yang bongsu di tahun lima Sekolah Kebangsaan Parang Puting di sini.
Ujarnya, sekiranya Nik Nur Madihah meminta wang untuk membeli buku, dia dan suami akan berusaha mencari wang tersebut tetapi selalunya ia tidak diberi serta-merta kerana kesempitan hidup.
“Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir,” ujarnya.
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
Tuesday, 10 March 2009
Apa beza sains komputer, kejuruteraan perisian dan teknologi maklumat?
Layari takrif mengenai sains komputer
http://en.wikipedia.org/wiki/Computer_science
Layari takrif mengenai kejuruteraan perisiaan
http://en.wikipedia.org/wiki/Software_engineering
Layari takrif mengenai teknologi maklumat
http://en.wikipedia.org/wiki/Information_technology
Lihat pula rujukan-rujukan yang diambil dalam wikipedia tersebut. Jadi apa bezanya?
fikir-fikirkan...
Daya saing Melayu, Cina, India
Ramalan-ramalan pakar sudah pun mengesahkan bahawa kegawatan kali ini akan berlanjutan begitu lama. Mungkin lebih lama daripada krisis di Amerika Syarikat pada tahun 1930. Pada ketika itu ramai lelaki di Pantai Timur Amerika terpaksa merantau ke Pantai Barat mencari kerja meninggalkan anak bini, dan anak-anak menjadi kutu jalan.
Dalam soal ini, kedudukan Malaysia dikatakan unik kerana ia dihuni oleh penduduk pelbagai bangsa dan jenis perniagaan pula dikuasai mengikut bangsa. Saya berharap pembuat-pembuat dasar di Perbendaharaan, Unit Perancang Ekonomi dan sebagainya memahami impak krisis ekonomi ini ke atas setiap bangsa yang menghuni negara ini. Impaknya kelak adalah berbeza mengikut etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Impak ke atas orang Melayu, Kadazan dan Dayak adalah lebih kurang sama. Berdasarkan angka-angka sosioekonomi taraf penginapan, pekerjaan, daya saing dalam perniagaan kecil mereka adalah lebih kurang sama.
Orang Cina pula adalah bangsa yang paling versatile dan agile untuk berdepan dengan krisis ekonomi ini. Nisbah simpanan mereka lebih tinggi, kedudukan hutang atau credit rating lebih baik, malah daya saing pekerjaan orang Cina dan India juga lebih berpotensi berbanding orang Melayu.
Ini kerana etnik Cina dan India adalah 'insan global' dan dengan mudah mereka boleh berhijrah ke Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Australia dan New Zealand untuk mencari pekerjaan jika keadaan di Malaysia menjadi teruk.
Ini kerana mereka bukan sahaja bukan Islam, malah mempunyai kemahiran dan kelayakan serta juga rangkaian (network) melalui sanaksaudara di negara-negara tersebut.
Malah di Malaysia sendiri, orang Cina dan India yang punya modal dan kadar simpanan tinggi berbanding Melayu juga boleh mengambil kesempatan daripada krisis ekonomi ini untuk menguasai peluang baru hasil daripada kejatuhan hartanah dan saham syarikat.
Di sini saya ingin paparkan dua kisah benar mengenai soal daya saing rakyat kita yang bekerja di luar negara; seorang Melayu dan seorang bukan Melayu.
Pertama seorang wanita Melayu yang menuntut di Amerika Syarikat di bidang kejuruteraan mekanikal akhirnya mendapat pekerjaan dengan syarikat Boeing, syarikat pembuat kapal terbang dan senjata.
Tiba sahaja 'serangan keganasan' September 11, dia dan pekerja-pekerja Islam lain termasuk orang Islam rakyat Amerika sendiri diberhentikan kerja dan diberikan pampasan kononnya atas sebab keselamatan.
Wanita Melayu ini pun pulang ke tanah air, walaupun dulunya dia sendiri memandang serong terhadap negaranya sendiri yang kononnya mengamalkan dasar yang bertentangan dengan Amerika Syarikat. Kehidupannya kini tidaklah cemerlang.
Sebaliknya kisah kedua iaitu seorang etnik Cina Malaysia yang mempunyai perniagaan kontrak lori binaan berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) kerana krisis ekonomi 1997.
Mula-mula dia dan isterinya ke New York dan menyertai rakan-rakannya bekerja mencuci pinggan di sebuah restoran Cina di kota itu, tetapi tidak lama kemudian seorang kawan lain di Houston, Texas mengajaknya ke sana kerana gaji lebih lumayan.
Setelah beberapa tahun di Houston dan seorang anaknya juga lahir di sana, mereka pulang ke Malaysia dan menganggur sekejap tetapi simpanan yang dibawa balik dari AS lebih daripada mencukupi.
Abang iparnya kemudian menyuruh dia ke Bangkok dan mencari perniagaan dan setelah banyak berbelanja, dia mendapat peluang perniagaan iaitu membeli papan litar komputer untuk dibekalkan kepada syarikat pembuat komputer di Taiwan.
Sekarang dia sudah kaya-raya dan hidup di Malaysia dan Bangkok.
Anaknya yang lahir di Houston pun tidak mahu balik ke Malaysia kerana dia sendiri sudah pun berjaya sebagai warganegara AS.
Inilah bezanya orang Melayu dengan orang Cina dan India. Mereka mempunyai network (orang Cina luar negara) di seluruh dunia.
Sebaliknya orang Melayu Islam bukan sahaja tidak boleh berhijrah mencari kerja di negara Barat, malah hendak ke negara Islam lain pun hampir mustahil kerana ekonomi negara-negara itu sendiri lemah dengan kadar pengangguran yang tinggi.
Oleh yang demikian, pembuat dasar kepada krisis ekonomi ini harus memahami impaknya terhadap orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun, dalam usaha membantu golongan itu, kerajaan harus pastikan amalan rasuah dihapuskan terlebih dahulu. Ini kerana disebabkan amalan rasuahlah, daya saing orang Melayu terlalu lemah. Mereka enggan berusaha, sebaliknya mencari jalan mudah melalui amalan buruk itu.
SAAD HASHIMAmpang
sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
Monday, 9 March 2009
Siapa Yahudi?
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.
Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
Resource : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm
ARKIB : 14/01/2009
Online Dictionary
Ini adalah contoh online dictionary yang boleh digunakan untuk mencari makna perkataan disamping ada kemudahan audio sebutan bagi sesuatu perkataan.
http://dictionary.reference.com/
Ini pula adalah contoh penterjemahan bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris.
http://mykamus.my/result.php
banyak lagi online dictionary yang ada di laman maya. explore jgn tak explore!
Sunday, 8 March 2009
Apa sumbangan kita?
Hidup ini hanya sementara, hidup yang sementara inilah yang kita perlu laksanakan dengan sebaik mungkin sesuatu yang bermakna agar bila kita tiada lagi dimuka bumi ini, jasa dan usaha kita yang kita tinggalkan mampu memberi manfaat kepada orang lain yang masih hidup di atas muka bumi ini.
Inilah yang nabi kata saham yang akan memberikan kesan yang positif kepada kita semasa di alam kubur nanti. Selagi ilmu kita yang kita tinggalkan dilaksanakan oleh orang ramai dan mampu memberi manfaat kepada mereka, selagi itulah kita juga akan beroleh kebaikan daripada ilmu tersebut.
Usah kita lupa pada janji Allah, yang mana akan membalas kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan walau sebesar zarah sekalipun.
Friday, 6 March 2009
Waterfall Model
Ini yang dikatakan research bermakna, we need to keep searching and searching and searching again until we found what we want or as stated in our objective. Proses pencarian merupakan proses fitrah dalam kehidupan manusia. Manusia mencari kekayaan, mencari kebahagiaan, mencari pasangan hidup, mencari keberkatan, mencari dan mencari dan ada juga manusia yang sesat dan menyimpang jauh mencari sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada kehidupan mereka.
Sebagai manusia yang dianugerahkan Allah dengan kemampuan berfikir dan pancaindera yang sempurna, tidak sepatutnya kita mencari sesuatu yang boleh memberikan hasil yang sia-sia dalam hidup kita. Hidup ini tidak lama, dan dalam kehidupan di alam dunia yang tidak lama inilah kita takut hati kita, lidah kita dan pancaindera kita, tidak basah mengucapkan zikrullah.
Banyak manusia yang lalai yang mencari sesuatu yang tidak memberi kebaikan kepada mereka. Kalau kita jauh sesat dan lalai, cepat-cepat kita kembali mencari jalan yang sebenar yang boleh memberikan kita sesuatu yang bermakna dalam kehidupan kita. Apa lagi yang kita mahukan selain daripada kecemerlangan hidup didunia dan diakhirat.
Berbalik kepada waterfall model ini, sila layari url ini dan boleh memindah turun fail yang berkenaan http://www.cs.umd.edu/class/spring2003/cmsc838p/Process/waterfall.pdf
Thursday, 5 March 2009
Pengaturcaraan
Cuba kita membuka mata, lihat di sekeliling dan renung sedalam-dalamnya di samping memikirkan secara waras dan positif, bahawa mahu atau tidak serta percaya atau tidak, kita hidup di zaman yang mana teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi keperluan kepada kehidupan kita. Bila disebut sahaja ICT tidak lain dan tidak bukan adalah kita menggunakan perisian di dalam melaksanakan tugas-tugas seharian. Kita ber'sms', kita bangun tidur digerakkan oleh jam telefon bimbit, kita bermain permainan komputer, PSP, Play Station, mobile game, mengira menggunakan kalkulator elektronik, menaip dokumen menggunakan pemproses perkataan, membuat persembahan, membayar bil utiliti, memindahkan duit, mencari maklumat, mencari pekerjaan, membaca berita, melihat video klip, mencari lokasi sesuatu tempat, menghantar e-mail dan sebagainya semuanya menggunakan sesuatu yang disebut sebagai perisian. Perisian ini tidak lain dan tidak bukan dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Bayangkan ini adalah fardu kifayah kepada umat Islam untuk melunaskan muamalat seharian dalam kehidupan kini.
Tetapi kita lihat kembali, siapa sebenarnya yang mencipta perisian ini. Siapa sebenarnya yang menjadi pengaturcara yang memudahkan urusan dan muamalat ini dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Sehinggakan manusia terkaya didunia ini adalah hanya kerjanya menjual perisian semata-mata.
Adakah kita ini, bangsa ini, umat ini hanyalah semata-mata hanya pengguna sahaja kepada segala jenis kemudahan yang disediakan. Mana maruah kita! Tepuk dada tanya iman!
Laman web Pengaturcaraan
Ini contoh laman web yang boleh digunakan untuk belajar secara sendiri bidang pengaturcaraan ini.
http://www.w3schools.com/
Wednesday, 4 March 2009
UML Case Tool
http://staruml.sourceforge.net/en/
Sunday, 22 February 2009
Motivasi 1
Rajin Bekerja, Rajin Bercakap - Bagus
Rajin Bekerja, Malas Bercakap - Kena Buli
Malas Bekerja, Malas Bercakap - Tak Guna
Malas Bekerja, Suka Mengadu - Nyanyuk
Malas Bekerja, Selalu Ponteng - Baik Berhenti
Malas Bekerja, Selalu Menyibuk - Baik Mati
2. The winner is one step ahead of thinking
3. It is not the strongest of the species who can survive. not the most intelligent, but those who are the most adaptive to change.
4. Firman Allah "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasib diri mereka sendiri" - Surah Ar-Ra'ad
5. Sabda Nabi "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati dan selepas mati manusia akan meninggalkan 3 perkara iaitu pertama : Anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapanya di dalam kubur, kedua : Ilmu yang bermanfaat yang di amalkan oleh orang yang masih hidup yang boleh memberikan kebaikan kepada kehidupannya dan ketiga sedekah jariah yang dihulurkan semasa didunia kepada yang amat memerlukan"
6. Konsep baru pembelajaran : Learn - kita mesti sentiasa mempelajari kemahiran dan ilmu baru yang tiada kesudahannya, Relearn - sentiasa belajar semula dan Unlearn - nyah belajar perkara yang tidak sesuai dalam era dan zaman baru
Final Year Project (FYP)
1. Apakah bidang ilmu sains komputer yang hendak di fokuskan?
2. Apakah bidang persekitaran atau domain yang hendak di fokuskan?
Saya amat yakin sekiranya dua persoalan ini boleh dijawab dengan pantas dan betul, para pelajar akan ada tujuan atau directioan yang jelas ke mana mereka akan pergi.
Senarai ilmu sains komputer. (senarai ini tidak akan habis sampai kiamat hehe!)
Theoritical computer science
-mathematical logic
-Automata theory
-Number theory
-graph theory
-type theory
-category theory
-computational theory
-computational geometry
-quantum computing theory
Algorithms and data structure
-analysis of algorithm
-algortihm
-data structure
Programming methodology and language
-compiler
-programming language
Computer elements and architecture
-digital logic
-microarchitecture
-multiprocessing
Numerical & symbolic computation
-bioinformetric
-cognitive sains
-computational clusturing
-computational neuroscience
-computational physics
-numerical algorithm
-symbolic mathematics
Applications
-operating systems
-computer networks
-computer graphics
-computer vision
-databases
-computer security
-artifical intelligent
-robotics
-HCI
-ubiquostos computing
Soft Computing and Applications
-Evolutionary computing
-Swarm intelligence
-Artificial immune systems
-Fuzzy Sets
-Uncertainty analysis
-Fractals
-Rough Sets
-Support vector machines
-Artificial neural networks
-Case Based Reasoning
-Wavelets
-Hybrid intelligent systems
-Nature inspired computing techniques
-Machine learning
-Ambient intelligence
-Hardware implementations
Pattern Recognition and Applications
-Information retrieval
-Data Mining
-Web Mining
-Image Processing
-Computer Vision
-Bio-informatics
-Information security
-Network security
-Steganography
-Biometry
-Remote sensing
-Medical Informatics
-E-commerce
-Signal Processing
-Control systems
E-learning / m-learning
-Pedagogy
-Technogogy
-Quality Assurance
-Instructional Design
-Online Learning Emergence & Strategies
-Online Learning System Development
-Online Learning Material Development
-Online Learning Best Practices
-m-Learning Emergence & Strategies
-m-Learning System Development
-m-Learning Material Development
-m-Learning Best Practices
-Online Learning Institutional Management
-Values in Online and m-LearninG
Senarai bidang persekitaran atau domain. (bidang ini tidak terhad seperti yang tersenarai)
Pengangkutan Air / Darat / Udara
Pendidikan Rendah / Menengah / Tinggi (Edutainment)
Penjagaan Kesihatan
Perhubungan Darat / Air / Udara / Angkasa Lepas
Sumber Manusia
Pencarian maklumat / manusia / barangan
Kewangan
Pertanian
Pengurusan / Perniagaan / Perakaunan
Komunikasi Udara / Darat
Pertahanan / Ketenteraan
Perdagangan Domestik / Antarabangsa / Import / Eksport
Perumahan / Kerajaan Tempatan
Kekeluargaan
Kejuruteraan Mekanikal / Elektrikal / Elektronik
Perladangan / Komoditi
Pasaran Saham
Angkasa Lepas
Hiburan / Muzik
Sukan
Ketuhanan / Keislaman
Pelancongan / Perhotelan
How to choose the topic and domain?
GUGUSAN SAINS & TEKNOLOGI
Fakulti Perubatan
Fakulti Sains Kesihatan
Fakulti Pergigian
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Fakulti Sains Komputer & Matematik
Fakulti Kejuruteraan Elektrik
Fakulti Kejuruteraan Kimia
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Fakulti Kejuruteraan Awam
Fakulti Sains Gunaan
Fakulti Sains Sukan & Rekreasi
GUGUSAN SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN
Fakulti Teknologi & Artistik
Fakulti Sains Petadbiran & Pengajian Polisi
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Fakulti Undang-Undang
Fakulti Muzik
Fakulti Pendidikan
Fakulti Komunikasi & Pengajian Media
GUGUSAN PENGURUSAN & PERNIAGAAN
Fakulti Perakaunan
Fakulti Pengurusan Maklumat
Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan
PUSAT AKADEMIK / INSTITUT
Institut Pengajian Siswazah
Institut Perkembangan Pendidikan (InED)
Akademi Pengajian Bahasa
Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam
INSTITUT / PUSAT KECEMERLANGAN
Institut Kajian Ubatan Semula Jadi
Institut Penyelidikan Perakaunan
Institut Sains
Institut Pengangkutan Malaysia
Institut Kajian Zakat Malaysia
Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (NASEC)
Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)
National Design Center (NDC)
Non Destructive Biomedical and Pharmaceutical Research Centre (NDBPRC)
JABATAN
Pembangunan Akademik
Pembangunan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Peperiksaaan
Pusat Sistem Maklumat Bersepadu
Pusat Penerbitan Universiti
Pengurusan Fasiliti
Pembangunan
Bahagian Pengambilan Pelajar
Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Pejabat Timbalan Naib Cancelor
Bahagian Pengurusan Perolehan
Bahagian Perancangan & Belanjawan
Bahagian Pengurusan Akaun
Bahagian Pengurusan Akaun Pelajar
Can u imagine, we have the huge domain access that we can obtain the infomation to develop the system. So please fully utilize all the domain experts that we have.
How to starts the Final Year Projects?
Sila layari http://www.ftsm.ukm.my:8080/zs/images/Ebook/awalan.pdf e-book secara percuma yang disediakan oleh Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, UKM.
Sila layari http://kict.iiu.edu.my/~fyp_cs/?q=node/3 contoh panduan daripada Kuliyyah of ICT, Universiti Islam Antarabangsa, UIA
Sila layari http://tpr3321.mmu.edu.my/webapps/fypsystem/ juga contoh panduan projek tahun akhir , Faculty of Information Technology, Multimedia University
The most difficult part of writing a Final Year Project (FYP) is often 'where to begin'. Here are a few tips to help you..
1. Think of a topic in your course that you have found particularly interesting. This may be a chapter or an issue in a book associated with your course. Or it could be the wole or part of an assignment that you wished to explore in more detail. On the other hand, it may be an issue in the news (read a good newspaper regularly!) that excites your attention.
2. Make sure that the issue is researchable. This means that there must be a literature base either in textbooks or periodicals. The literature base needs to be academic and not journalistic to add to the credibility of your FYP
3. Be prepared to spend several hours in an academic library to help you search out good sources on your intended topic. Remember the Internet is good for some things but there is no 'quality control' so some of the articles you get might be too emphemeral or journalistic for an academic piece of work.
4. Think of reading around the subject and writing your initial plan as a process in which each activity reinforces the other in a circular process. Do some initial research, then make a tentative plan, then do more reading to 'flesh out' the plan, then revise the plan and so on. Your plan only needs to be tentative at this stage - in all probability it will actually get revised as you make progress through your project.
What is Problem Statements?
A problem statement is a clear concise description of the issues that need to be addressed by a student and should be presented to examiner before they try to solve the problem.
A good problem statement should answer these questions:
1. What is the fundamental problem? This should explain why the project is needed.
2. Who has the problem or who is the client/customer? This should explain who needs the solution and who will decide the problem has been solved.
3. What form can the resolution be? What is the scope and limitations (in time, money, resources, technologies) that can be used to solve the problem?
The problem statements would drive the students along the project what are the issues that they are going to solve. By stating the clear problem statement it will enforce the students to focus the target and to make sure they are on the right track.
What is Reseach Objectives?
The research objective is the consise and precise statements that shown the direct target of the project. What we want to achieve directly. Its like the steering car and we as a driver need to drive it until we can arived to the destination that we want to go.
What is Reseach Purpose?
General statement from the objective of what we want to achieve.
What is Approach / Technique?
This is the way and how we want to apply in the project the fullfil all the stated objectives.
What is Reseach Scope?
Contrains or limitation that we can cover of the whole project.
What is Project Significane?
Benefits and advantages of our project to specific group or human.
What is Literature Review?
Background or fundamental knowledge of the project.
Tips-tips Untuk Mencari Tajuk Projek
Secara keseluruhannya semua pelajar tidak terkecuali untuk terlibat secara langsung membangunkan projek tahun akhir (final year project). Secara amnya dengan projek inilah yang akan membuktikan keupayaan pelajar untuk menterjemahkan pengetahuan dan kemahiran yang mereka timba selama berada di universiti dari awal. Oleh itu projek akhir ini merupakan tanda aras kekuatan para pelajar untuk menghasilkan sesuatu setelah mempelajari dari hari ke hari, minggu ke minggu dan semester ke semester yang berikutnya.
Untuk mencari tajuk projek yang dirasakan serasi, minat dan sesuai bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak boleh di ambil mudah. Para pelajar yang bermotivasi tinggi biasanya berkeupayaan untuk menyediakan cadangan projek (proposal) dengan sedikit atau tiada bantuan daripada para penyelia, kerana mereka telah mengetahui apa sebenarnya yang mereka mahu lakukan.
Secara amnya projek yang perlu dibangunkan memerlukan para pelajar mempunyai kajian kes tertentu. Pelajar boleh memilih domain yang diminati seperti pengangkutan, kewangan, pendidikan, ketenteraan, dan sebagainya. Para pelajar perlu memilih dan menggunakan algoritma sedia ada contohnya RSA untuk encryption, Djkstra untuk laluan terpendek atau Buble Sort untuk susunan nombor untuk diaplikasikan di dalam projek masing-masing dan pelajar perlu menggunakan teknik atau pendekatan tertentu untuk membangunkan projek seperti waterfall methodology, RUP dan sebagainya. Ilmu-ilmu yang perlu pelajar ketahui untuk membangunkan projek tidak semestinya yang diperolehi semasa belajar dari semester-semester yang lepas. Para pelajar boleh mencari dan menjelajah (explore) maklumat-maklumat terbaru dari sumber-sumber yang sah. Ini akan mendidik pelajar bertatih menjadi seorang penyelidik (researcher) yang tulen pada masa depan.
Tips-Tips Untuk Membuat Pembentangan
Untuk membuat pembentangan beberapa faktor perlu pelajar berikan penekanan iaitu :
1. Kandungan persembahan - pastikan telah disemak bersama penyelia untuk memastikan kandungan persembahan adalah benar dan mengikut susunan atau format yang diperlukan. Pastikan perkataan atau ayat-ayat didalam kandungan persembahan adalah betul. Adalah digalakkan menggunakan teknologi-teknologi yang sedia ada yang mampu memberikan impak kepada persembahan.
2. Personaliti diri - perlu memakai pakaian yang kemas, sopan dan sesuai. Peraga diri yang sederhana amat diperlukan supaya tampak berkeyakinan dan mesra.
3. Eye-contact dengan penonton - pastikan anda mempersembahkan kepada penonton bukannya hanya membaca teks semata-mata atau bercakap sambil memandang bahan persembahan. Ini akan menjadikan persembahan anda hambar dan tidak menarik penonton untuk mengetahui dengan lebih jelas bahan kandungan anda.
4. Bahasa penyampaian - gunakan bahasa yang sederhana, yang jelas tutur kata dan tidak perlu tergesa-gesa.
5. Unik diri - pastikan ada sesuatu yang boleh membezakan anda dengan orang lain. Anda adalah anda. Anda dicipta secara unik oleh Pencipta kita. Tonjolkan keunikkan positif anda supaya anda akan diingat sebagai persembahan terbaik yang pernah anda buat.
6. Latih & latih - persediaan diri dan bahan amat penting supaya anda boleh menjawab dan menangkis persoalan yang akan di tanya oleh pemeriksa. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada penyelia dan berikan masa yang sepatutnya kepada penyelia untuk menyemak bahan kandungan persembahan anda. Banyak kes terjadi, pelajar akan berjumpa penyelia diwaktu pagi untuk meminta penyelia menyemak bahan persembahan untuk digunakan pada persembahan waktu petang. Penyelia tidak mempunyai waktu yang sesuai dan mereka tidak mampu untuk menyemak kandungan anda. Akhirnya kita sendiri boleh menjangkakan apa akan terjadi masa persembahan nanti, sama ada berjaya atau gagal.
UML (dah versi 2.2?)
a. http://en.wikipedia.org/wiki/Unified_Modeling_Language
Seperti yang diketahui umum, wikipedia adalah satu kerjasama penulisan secara sukarela daripada seluruh dunia yang mana sesiapa sahaja boleh mengeditnya. Rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:About Oleh itu ramai ahli akademik berpendapat supaya tidak boleh dipetik rencana atau artikel daripada wikipedia ini secara melulu, kerana tidak dijamin kualiti ilmunya (mungkin betul, mungkin tidak)
Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya tidak menyalin bulat-bulat apa yang terkandung di dalam laman web ini, apa yang boleh dibuat adalah, lihat senarai rujukan dan dapatkan rujukan tersebut yang di hasilkan dalam bentuk fail pdf. Biasanya fail yang di dalam pdf adalah fail yang telah dimuktamadkan penulisannya dan perhatikan daripada mana sumber sebenar artikel tersebut ditulis. Sekiranya daripada online database seperti IEEE atau ACM atau mana-mana sumber yang mempunyai autoriti kepada penulisan tersebut, maka petikan tersebut boleh diterima.
b. http://www.uml.org/
Ini antara laman web yang wajib dilayari kepada sesiapa yang ingin mendalami ilmu mengenai UML.
c. Layari url ini untuk mendapatkan update terkini daripada IBM mengenai UML http://www.ibm.com/developerworks/rational/library/769.html
http://www.ibm.com/developerworks/rational/library/2952.html
http://www.ibm.com/developerworks/rational/library/5383.html
http://www.ibm.com/developerworks/rational/library/content/RationalEdge/aug04/5670.html
2. Sila layari url ini untuk mengenali tokoh akademik yang ternama di dunia berkenaan dengan subjek Software Engineering ini http://www.cs.st-andrews.ac.uk/~ifs/
3. Sila lihat URL di bawah - adalah silibus kepada subjek Kejuruteraan Perisian Berorientasikan Objek di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM
http://www.ftsm.ukm.my/smftsm/TK2023.pdf dan Kejuruteraan Perisian http://www.ftsm.ukm.my/smftsm/TK2013.pdf
Tidak banyak beza seperti silibus yang saya cover di UiTM
Begitu juga dengan silibus Kejuruteraan Perisian yang diajar di UM http://webfsktm2.fsktm.um.edu.my/Programme/viewkursus3.asp?Code=WXES3204
menggunakan buku rujukan yang sama dan subjek Permodelan Berorientasikan Objek
http://webfsktm2.fsktm.um.edu.my/Programme/viewkursus3.asp?Code=WKES2304
ini pula adalah silibus yang dicover oleh FIT, MMU Bertajuk Software Engineering Fundamental
http://fit.mmu.edu.my/subject/subjectdetails.php?sid=TCS2411