Thursday, 28 October 2010

Dapatkah kita mati dengan mengucap dua kalimah syahadah?

Kita mungkin boleh mendapat sijil cemerlang...
tak mustahil, dah ada yang dapat pun...

kita mungkin boleh mendapat diploma dengan cemerlang...
tak mustahil, dah ada yang dapat pun...

kita mungkin boleh mendapat ijazah dengan cemerlang...
tak mustahil, dah ada yang dapat pun...

kita mungkin boleh mendapat sarjana dengan cemerlang...
tak mustahil, dah ada yang dapat pun...

kita mungkin boleh mendapat phd dengan cemerlang...
tak mustahil, dah ada yang dapat pun...

kita mungkin boleh menjadi jutawan...
tak mustahil, dah ada yang jadi pun...

kita mungkin boleh menjadi hartawan...
tak mustahil, dah ada yang jadi pun...

kita mungkin boleh mendapat pangkat yang tinggi...
tak mustahil, dah ada yang dapat pun...

kita mungkin boleh mendapat rumah yang besar...
tak mustahil, dah ada yang dapat pun...

kita mungkin boleh mendapat kereta yang besar...
tak mustahil, dah ada yang dapat pun...

kita mungkin boleh mendapat anak yang ramai...
tak mustahil, dah ramai yang dapat pun...

kita mungkin boleh menjadi orang yang disanjung...
tak mustahil, dah ramai yang jadi pun...

kita mungkin boleh jadi atau dapat apa-apa pun yang kita nak jadi dan dapat...
tak mustahil, dah ada yang jadi dan dapat pun...
walaupun mungkin benda tu tak betul cara kita jadi dan dapat...

tapi...

boleh, mampu dan sempatkah kita..
sebelum malaikat maut mencabut nyawa kita...
kita berupaya mengucap dua kalimah syahadah?
tepuk dada tanya iman...

Monday, 4 October 2010

Maher Zain - InsyaAllah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah 2x
Insya Allah we`ll find the way

Saturday, 25 September 2010

Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

A. Samad Said

Wednesday, 15 September 2010

Pesan seorang ulama

1. Sibukkan dirimu dalam usaha agama (dakwah), jika tidak kamu pun akan sibuk juga,
tapi bukan dalam perkara agama.

2. Gunakan waktumu untuk agama, jika tidak waktu pun akan habis tapi bukan untuk agama.

3. Gunakan hartamu untuk agama, jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama.

4. Matilah kamu dalam agama, jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.

Friday, 3 September 2010

Kita di golongan mana?

Dikatakan ada 4 golongan manusia. kita berada dalam golongan mana dan apakah tanggungjawab kita pada setiap kumpulan itu :

1. Orang yang tahu dan dia tahu bahawa dia itu tahu
2. Orang yang tahu, tapi tak tahu yang dia itu tahu
3. Orang yang tidak tahu, tapi tahu yang dia tidak tahu
4. Orang yang tidak tahu dan tidak tahu yang dia itu tidak tahu

tahu tak apa maksudnya dan tanggungjawab kita pada setiap kumpulan itu?

bagi yg pertama,
org yang tahu dan melaksanakan tanggungjawabnya dgn baik, kita boleh ikuti dia, dia layak jadi pemimpin...
yang ke-2, org yang tahu tapi lupa (terlena) akan tanggungjawabnya, kejutkan dia...
yg ke-3, dia tak tahu tapi sedar yang dia tak tahu, bimbinglah dia...
yg ke-4, dia tak tahu (jahil) dan tak sedar diri merasakan yg dia tahu semua, dia ni jahil murakab, jauhi dari org macam ini...

dari sumber mana ek pernyataan di atas terserlah kebijaksaannya...

Thursday, 2 September 2010

Menghidupkan hati

Seperti biasa selesai sahaja solat tarawih raakat ke-4, ustaz jemputan akan memberi sedikit tazkirah dalam masa lebih kurang 30 minit. Malam ini, ustaz jemputan daripada Maahad Tahfiz Kelantan memberi tazkirah yang amat menyentuh hati aku.

Dengan wajahnya yang memancar-mancar wajah keimanan beliau memberi tazkirah dengan amat bersahaja, tidak terlalu lawak dan tidak pula terlalu serius, amat sederhana tetapi cukup mengesankan.

Mudah sahaja topik yang beliau bawa iaitu menghidupkan hati supaya rajin beribadah kepada Allah, rajin ke surau, rajin ke masjid. Kata beliau hati manusia ini akan berkarat kalau tidak diberi 2 jenis ubat. Ubat ini tak perlu dibeli, tetapi perlu di amalkan berdasarkan ilmu yang dipelajari.

Ubat yang pertama adalah wajibkan kepada diri kita sendiri, selepas solat fardhu bacalah Al-Quran sehelai dua pun ok. tetapi hendaklah istiqamah. Al-Quran ini seperti yang kita ketahui mukjizat Allah. Kitab yang mengandungi rahsia-rahsia yang tidak terungkap di dalam mana-mana sumber rujukan lain pun di dunia ini. Baca sahajapun dapat pahala, apatah lagi kita dapat memahami kandungan yang terkandung dalam Al-Quran tersebut, berganda-ganda pahala yg kita perolehi.

Orang yang sentiasa berdamping dengan Al-Quran akan mendapat syafaat di dalam alam-alam selepas dunia. Waktu-waktu begini Al-Quran akan datang memberi pertolongan di saat tiada sesiapapun yang mampu memberi pertolongan. Tidak kira sehebat manapun manusia didunia ini, harta, pangkat dan wang ringgit tidak akan mampu memberi pertolongan kepadanya kecuali 3 perkara 1. Anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapanya. 2. Sedekah jariah kepada orang yang memerlukan. 3. ilmu yang bermanfaat untuk digunakan oleh generasi akan datang.

Ubat yang kedua adalah sentiasa kita mengingati mati. Seperti maksud hadis Nabi SAW, orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapi mati. Orang yang mengingati mati, tentunya akan gentar dan takut menghadapi saat-saat roh akan berpisah dengan jasad. Sehingga Nabi sendiri tidak tertanggung rasa sakitnya apatah lagi kita umatnya. Sehingga malaikat maut sendiri berkata kepada Nabi tidak pernah aku buat sebaik ini kepada sesiapapun selain daripada Nabi, itupun tetap juga Nabi merasa sakit. Hurmm tak tahu aku nak cakap apa, sebab situasi menghadapi mati, semua orang akan merasainya. Banyak-banyaklah memohon ampun dan taubat daripada Allah.

Inilah 2 ubat yang paling mujarab untuk menjadikan kita sentiasa rajin, lunak hati, sentiasa patuh kepada tuntutan Allah. Moga sedikit ilmu yang kita peroleh ini kita sampai-sampaikan kepada manusia yang lain.

Tuesday, 31 August 2010

Petikan ucapan Perdana Menteri sempena ulang tahun kemerdekaan ke-53

“Please remember that Malaysia is our homeland; this is the place where we were born, the place where we grew up, where we find our livelihood, a place where we find happiness and where we shall be laid to rest,” he said.

Monday, 30 August 2010

Melayu tanpa ijazah?

Agak-agak apa akan jadi pada Melayu yang tiada ijazah?
Yang ada ijazah pula, apa akan jadi jika ijazah yang diperoleh tidak
cemerlang? Dahlah ijazah tak cemerlang, berkomunikasi pun
lemah? Bagaimana dia nak memasuki gelanggang dunia nyata?
yang tiada siapa boleh memberi apa-apa jaminan kejayaan?
Kalau dah ada ijazah, cukup ker ilmu didada? kenapa tidak
menyambung ijazah kedua iaitu sarjana dan ijazah ketiga
iaitu PhD?

Apakah mampu dia menjadi sehebat Tan Sri Al-Bukhary yang
langsung tidak mempunyai ijazah akademik. Tapi perlu diingat
walaupun tiada ijazah akademik tapi beliau mempunyai "ijazah
pengalaman". Ijazah ini yang membawa beliau ke tahap yang amat
luar biasa. Beliau tidak sekadar bermain dengan teori semata-mata,
sebaliknya terus berpijak dibumi yang nyata. Beliau mempu memberi gaji
kepada orang yang mempunyai ijazah sedangkan beliau sendiri hanya
ada SPM jek?

Tuesday, 10 August 2010

Ramadhan datang lagi

Aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini kepada semua pelajar-pelajar dan bekas pelajar aku dan juga kepada semua muslimin dan muslimat secara umumnya di Malaysia ini dan seluruh 1.6 bilion penganut agama Islam di seluruh dunia.

Malam tadi bermulanya solat sunat tarawih pertama di surau berhampiran kediamanku, seperti tahun2 sebelum ini, biasanya surau memang penuh pada malam2 awal ramadhan. Senario yang berbeza akan kelihatan pada malam2 pertengahan dan pengakhiran ramadhan. Apa yang berbeza kita sama2 la saksikan.

Hurm pada tahun ini, selepas 4 rakaat pertama tarawih diadakan sedikit tazkirah dalam masa 15 - 20 minit oleh ustaz jemputan. Antara yang aku ingat lagi apa yang ustaz katakan, perut memerlukan selama 4 jam untuk menghadam makanan yang kita makan. Oleh itu pastikan apabila kita nak tidur, kita tidak makan 4 jam sebelum itu. Ustaz itu kata, dia merujuk daripada seorang doktor perubatan. Ini bermakna kalau kita tidur malam bermula pukul 10.00 malam contohnya, bermakna paling lewat kita boleh makan berat adalah pada pukul 6 - 7 ptg. Jika kita amalkan insyaAllah, kita akan menjadi manusia yang sihat kerana perut akan rehat secukupnya waktu kita tidur pada 10.00 mlm dan bukannya terus bekerja memproses atau menghadam makanan kita sedangkan kita pula tidur.

Hurmm manusia yang jahil adalah manusia yang tidak mendapat ilmu, hidayah dan petunjuk daripada Allah, apabila tidak mendapat aksessibiliti maklumat yang betul iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah maka sesatlah manusia itu selama-lamanya - maksud hadis Nabi.

Apatah lagi yang liat untuk ke masjid dan surau, dia akan mendapat maklumat daripada orang-orang yang tiada tauliah dan tidak diiktiraf oleh institusi ilmu, maka maklumat yang diterima tidak sah secara saintifiknya, kemudian dia pula ceritakan pula kepada orang lain, maka bercambahlah ilmu-ilmu sesat tersebut.

Sama-samalah kita memantap dan memperbaiki diri kita yang ada sahaja kelemahan di sana - sini, semoga kita menjadi seperti yang disarankan Nabi iaitu penambahbaikkan berterusan insyaAllah.

Monday, 9 August 2010

Promed@CS10

Pada 7 dan 8 Ogos lepas aku berada di salah sebuah cawangan IPTA di Dungun, Terengganu kerana ada Pertandingan Pengaturcaraan & Rekabentuk Multimedia (Promed@CS10) peringkat kebangsaan di sana. Program ini di buat secara dwi-tahunan bermula pada tahun 2006, 2008 dan ini kali pertama IPTA cawangan menganjurkannya iaitu tahun 2010.

Seramai 71 pasukan pengaturcaraan dan multimedia daripada pelbagai IPTA dan IPTS antaranya UPSI, UNIMAS, UMP, UTeM, PTPL, UniSZA dan Kolej Polytech MARA. Bayangkan ada 3 orang bagi satu pasukan, bermakna ada : 71 x 3 = 213 orang peserta, fuh meriah sungguh IPTA di Dungun Terengganu, dengan suasananya tepi laut, amat mengasyikan hehe.

Aku pula tinggal di sebuah resort tepi laut di sana, yang best tu ada kolam renang peribadi di dalam bilik aku tu yang konsepnya ala-ala Bali.. hehe. Konsep resort tersebut, hanya bilik tidur sahaja yang tertutup yang lain hanya beratapkan langit, cuma dinding batu sahaja yang memisahkan antara bilik-bilik lain. Fuh best sungguh hehe.

Berentap punya berentap, akhirnya UiTM Shah Alam berjaya menjadi Juara pada tahun ini, biasanya pesaing handalan adalah daripada MMU, UIA dan UTP, nampaknya tiada pula kelibat penyertaan mereka tahun ini.

Syabas kepada anak didikku hehe, lepas ni boleh bertanding untuk ACM-ICPC Malaysia Al-Khawarizmi National Programming Contest dan kalau menang boleh mewakili Malaysia untuk bertanding ke peringkat antarabangsa http://cm.baylor.edu/welcome.icpc pada tahun-tahun akan datang.

Pada tahun ini pertandingan peringkat antarabangsa di anjurkan oleh Harbin Engineering University, China dan dimenangi oleh Shanghai Jiaotong University. Fuh.. aku terfikir mampukah mahasiswa kita untuk ke tahap tersebut. Satu cabaran beb :-)

Saturday, 31 July 2010

Program motivasi

Seperti biasa setiap semester aku akan menjadi fasi bagi program motivasi di sebuah IPTA. Sebelum program di dimulakan, biasalah apa lagi program 'ice breaking' kena buat dulu. Maksud istilah 'ice breaking' adalah supaya para peserta dapat bergaul mesra serta tidak wujud kejanggalan antara satu sama lain dan akan memastikan program yang dijalankan nanti mendapat kerjasama yang baik dari semua peserta.

Antara soalan yang paling popular yang biasanya aku tanya kepada peserta adalah sebutkan bilangan adik-beradik dan nyatakan anak yang keberapa. Sepanjang aku menjadi fasi, adik-beradik yang paling ramai pernah dinyatakan oleh peserta adalah 12 orang. Wow, ramai tu... mesti meriah waktu sambut raya hehe. Kebanyakkan peserta yang mempunyai adik-beradik ramai ini berasal daripada sebelah utara, seperti Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang dan semakin turun ke selatan bilangan adik beradik semakin kurang.

Hurmm.. agak2nya apa faktor yang menyumbang kepada bilangan adik-beradik yang banyak atau sedikit ek? Kenapa sebelah utara paling ramai adik-beradik berbanding sebelah selatan? Ada kadang-kadang tu, peserta tersilap sebut bilangan adik-beradiknya, cepat2 aku tegur.. "Adakah anda pasti dengan jumlah adik-beradik awk?" dengan nada machonyer, apalagi peserta-peserta lain gelaklah hehe.. Aku terfikir, mungkin mereka mempunyai lebih daripada satu ibu atau bapa, mana tahu, tapi aku takla nak tanya sedetail itu. Macam-macam boleh terjadi dalam dunia ini. Dalam setiap program motivasi aku, ada sahaja watak-watak yang sama yang berulang kali wujud. Ada yang terlalu excited, ada yang cool, ada yang diam menikus supaya tidak di suruh menjadi itu dan ini.

Hurmm semua tu dah masak bagi aku, jangan harap para peserta boleh rilek sajer. hehe. Taulah aku 'lanyak' peserta-peserta sebegini, supaya mereka terlibat bersama-sama dengan peserta yang lain.

Sepanjang aku menjadi fasi, Alhamdulillah ramai yang suka aku menjadi fasi, mereka berasa seronok, tidak rasa seperti di 'dera' seperti beberapa fasi yang lain. Hurmm ntahlah peserta suka, jadi aku pun merasa puas kerana dapat menjadi fasi sebaik mungkin. Ramai dah peserta-peserta aku dulu sekarang ini dah bergraduan dan bekerja. Aku pasti bila mereka terkenangkan kembali zaman-zaman semasa bergelar mahasiswa atau mahasiswi, itulah zaman yang paling seronok sekali. Bila dibandingkan dengan zaman bekerja, mereka perlu memberi komitmen yang tinggi, tak boleh nak bersama-sama kawan2 lagi.

Hidup ohh hidup..
Belajar - bekerja - berkahwin - ada anak - pencen - mati.
Itulah kitaran hidup... dah bersedia untuk MATI?
Sebab MATI adalah sesuatu yang pasti dan semua orang akan merasai MATI.

Friday, 21 May 2010

Keberkatan

Salah satu daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila seseorang itu dengan bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa ia kepada Allah S.W.T.

Pesan sahabat nabi

Sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.”

Thursday, 20 May 2010

Motivation

The best teacher in life is lesson through someone experience!

Just open up your mouth and keep asking whatever you don't know from the person who knows better than you.

Friday, 14 May 2010

Apa kekuatan untuk hidup?

Hidup ini untuk apa? Kenapa kita dihidupkan? Kemana pula kesudahan penghidupan ini? Kuasa apa yang mencipta kita? Apa asal-usul kita? Apa sebenarnya yang memberi kekuatan untuk hidup kita ini?

Berapa ramai manusia yang hidup akhirnya sesat mencari arah, tidak tahu ke mana hendak dituju apabila mencapai sesuatu atau tidak mencapai sesuatu.

Adakah hidup akan berhenti setelah mencapai sesuatu berbentuk barangan, wang ringgit, harta dan pangkat? atau hidup akan bermula setelah mendapat sesuatu?

Berapa ramai manusia yang mengkaji Al-Quran dari sekadar mengaji sahaja atau yang lebih teruk lagi langsung tidak menyentuh Al-Quran dalam sehari?

Apatah lagi berapa ramai yang mengkaji hadith daripada sumber-sumber yang sahih dan mempraktikan dalam kehidupan seharian.

Kita sehari-hari dipertontonkan dengan iklan tv yang akhirnya mencipta satu pemikiran yang akan menyebabkan kita mempercayai cerita-cerita ciptaan yang nampak manis dimata tetapi kesannya tidak lama. Akhirnya suatu masa nanti setelah tersedar, rupa-rupanya ia adalah palsu semata. Nasib baik sedar, kalau masih buta, nampaknya sampai ke matilah kita kena tipu.

Saturday, 17 April 2010

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Saturday, 27 March 2010

Motivation

Life is too short to wake up in the morning with regrets.
So love the people who treat you right and forget about the
ones who don't and believe that everything happens for a reason.
If you get a chance; take it. If it changes your life; let it. Nobody
said that it would be easy, they just promised it would be worth it.

Saturday, 20 March 2010

Do You Know Where You're Going To?

Do you know where you're going to?
Do you like the things that life's been showing you
Where are you going to?
Do you know?

Do you get what you're hoping for?
When you look behind you there's no open door
What are you hoping for?
Do you know?

Once we were standing still in time
Chasing the fantasies
That filled our minds
You knew how I loved you
But my spirit was free
Laughing at the questions
That you once asked of me

Now looking back at all we've planned
We let so many dreams
Just slip through our head
Why must we wait so long?
Before we see
How sad the answers
To those questions can be

Warisan

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Bangunlah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara
Melayukan gagah di Nusantara
Melayukan gagah di Nusantara

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Wednesday, 10 March 2010

Apa takrifan kebahagiaan?

Soalan yang mudah tetapi sukar untuk dijawab. Kita akan ketemu pelbagai jawapan.

Jawapan saya :

Kita akan bahagia jika kita menunaikan hak kepada yang berhak.

contoh:
1. perut yang lapar haknya perlu makan
2. otak yang jahil haknya untuk belajar
3. syahwat yang tidak berkesudahan haknya untuk berkahwin
4. ibubapa yang memelihara kita haknya untuk dihormati
5. pemimpin yang adil haknya untuk mengikut pemerintahannya
6. guru orang berilmu yang mengajar kita haknya untuk dihormati
7. polis yang menguatkuasa peraturan haknya untuk kita patuhi
8. Suami sebagai ketua keluarga haknya oleh si isteri yang perlu setia
9. Orang yang mati haknya untuk kita kebumikan
10. Anak yang kecil haknya untuk kita bimbing
11. Allah S.W.T yang mencipta dan menghidupkan kita hakNYA untuk disembah dan turuti segala perintahNYA dan tinggalkan segala laranganNYA.

Allahuakbar!

Friday, 5 March 2010

Siapa yang nak dengar?

Waktu aku sukar dalam kesulitan
Siapa yang nak dengar?

Waktu aku kesempitan wang
Siapa yang nak dengar?

Waktu aku perlukan seseorang mentor
Siapa yang nak dengar?

Waktu aku perlukan seorang sahabat
Siapa yang nak dengar?

Waktu aku perlukan seorang teman
Siapa yang nak dengar?

Waktu aku perlukan sesuap nasi
Siapa yang nak dengar?

Waktu aku perlukan tempat berteduh
Siapa yang nak dengar?

Waktu aku perlukan tempat bermanja
Siapa yang nak dengar?

Waktu aku perlukan petunjuk jalan hidup
Siapa yang nak dengar?

Waktu aku perlukan pedoman
Siapa yang nak dengar?

Waktu aku perlukan bantuan
Siapa yang nak dengar?

Waktu aku perlukan sokongan
Siapa yang nak dengar?

Waktu aku perlukan dokongan
Siapa yang nak dengar?

Waktu aku sakit
Siapa yang nak dengar?

Siapa yang nak dengar?
Siapa yang nak dengar?
Siapa yang nak dengar?

Tapi..
aku tahu akan ada yang mendengar
Dialah As-Sami'
Dialah yang Maha Mendengar
Allahuakbar!

Sunday, 28 February 2010

Makanan yang boleh meningkatkan fungsi otak

1. Lebihkan pengambilan ikan — protein ikan, terutama ikan laut dalam yang mengandungi asid lemak omega 3, boleh membantu mengekalkan kemampuan minda, mengurangkan risiko dementia dan kehilangan ingatan

2. Makan kekacang dan sedikit coklat — Ia kaya dengan vitamin E (antioksidan), tetapi jangan ambil berlebihan kerana ia mengandungi banyak lemak

3. Lebihkan sayur-sayuran berwarna dan buah-buahan

4. Galakkan anak makan telur — kuning telur kaya dengan kolin yang membantu daya ingatan.

5. Susu dan yogurt — produk tenusu kaya dengan protein dan vitamin B yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan tisu otak, neurotransmiter dan enzim

6. Tidur malam secukupnya (enam hingga lapan jam)

7. Kerap bersenam

8. Kurangkan makanan ringan

9. Berhenti merokok — Kajian ke atas kakitangan kerajaan di Britain menunjukkan perokok mempunyai prestasi kerja yang kurang cemerlang berbanding individu tidak merokok.

10 .Meditasi untuk merehatkan badan dan menenangkan fikiran — bagi umat Islam, sembahyang dan lain-lain ibadat adalah cara terbaik untuk mententeramkan jiwa.

Bagaimana untuk mengekal dan meningkatkan kemampuan minda?

1. Mengamalkan gaya hidup sihat, mengambil pemakanan seimbang, jangan terlebih makan atau makan pada lewat malam.

2. Hidangan terakhir mestilah sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur untuk memberi cukup masa kepada sistem pencernaan memproses makanan.

3. Jika makan sejurus sebelum tidur, sistem pencernaan masih bekerja ketika tidur dan ini akan membuatkan badan tidak cukup rehat.

4. Kurangkan kopi walaupun ada kajian yang mengatakan biji kopi mengandungi antioksida yang boleh merangsang minda. Bagaimanapun, lebih baik jika tidak minum kerana biasanya orang minum kopi secara berlebihan, bukan sekadar secawan sehari. Malah ada juga yang boleh mendapat migrain dengan meminum kopi. Bahan sampingan dalam kopi seperti gula, jika diambil berlebihan, akan mendatangkan kemudaratan.

5. Pilih kaedah sihat seperti kukus, rebus atau bakar. Elak sayur-sayuran dimasak terlalu lama kerana bahan antioksidan seperti vitamin mudah musnah oleh suhu tinggi.

6. Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman adalah cara paling mudah dan murah untuk melancarkan aliran darah, sekali gus boleh memperbaiki daya tumpuan, kepekaan dan ingatan.

7. Makan ikut waktu dan mesti bersarapan. Sarapan adalah sumber tenaga pertama selepas badan berpuasa selama enam hingga lapan jam ketika kita tidur.

8. Sarapan membekalkan tenaga penting yang membantu otak untuk lebih aktif. Malah, ada kajian menunjukkan individu yang bersarapan kurang terdorong memilih makanan banyak lemak ketika sajian selanjutnya (tengah hari dan malam) yang secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah berat badan berlebihan

Sayur apa yang anda makan?

Antara buah dan sayur yang terbukti baik untuk otak ialah delima, buah naga merah atau putih dan peria

Antara pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam makanan seharian sepatutnya mengandungi seperti berikut:

Ungu — beri, terung, kubis merah, akar bit


Hijau (berdaun) — sayur berdaun hijau, ulam, sawi, kangkung


Putih (bawang) — semua jenis bawang


Hijau (cruciferous) — kubis, brokoli, brussels sprout, pak choy


Merah/jingga/kuning — tomato, lobak merah, keledek, labu, lada benggala merah/kuning, buah-buahan

Lebihkan pengambilan makanan penuh iaitu makanan yang tidak diproses atau ditapis, atau mengalami pemprosesan atau penapisan minimum. Contohnya sayur-sayuran, buah-buahan dan beras perang. Kurangkan makanan yang diproses seperti makanan berasaskan tepung, gula, beras putih, sosej, daging burger dan naget

Kurangkan juga penggunaan perisa makanan segera yang semakin banyak di pasaran. Ini termasuk perencah masakan segera, kiub ayam atau ikan bilis, monosodium glutamat (MSG) dan beraneka jenis sos kerana ia mengandungi banyak garam dan bahan awet. Sebaliknya, gantikan perencah ini dengan rempah semula jadi seperti serbuk lada hitam, cengkih, kayu manis, bunga lawang, jintan, daun sup, daun bawang, kunyit, halia, lengkuas atau serai yang boleh menaikkan rasa masakan

Friday, 19 February 2010

BEAUTY & BRAIN

Beauty without brain is nothing

and...

Brain without beauty is also nothing

but...

What about no brain and no beauty?

Saturday, 13 February 2010

Perjuangan Yang Belum Selesai


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.


Tun Dr. Mahathir Mohammad
Mei 1996

Melayu mudah lupa

Sajak Melayu Mudah Lupa ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia
keempat Tun Dr Mahathir Mohammad semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2001.


Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...


Tun Dr Mahathir Mohammad 2001

kita dijajah 446 tahun!

Malaysia jatuh ke tangan penjajah tahun : 1511
Malaysia merdeka : 1957
--------------
jumlah tahun dijajah : 446 tahun !
--------------

jumlah tahun kita merdeka : 2010 - 1957 = 53 tahun

( 53 / 446 ) x 100% = 11.88%

Ayuh bangsaku, kita baru merangkak sejauh 11.88% sahaja meninggalkan masa silam kita yang ditindas, dipijak, dihina, diseksa, dibunuh oleh penjajah. Marilah kita bersatu, kita hendak berjaya, kita mesti berjaya, kita pasti berjaya! Allahuakbar!

William Arthur Ward

The mediocre teacher tells.

The good teacher explains.

The superior teacher demonstrates.

The great teacher inspires.

Thursday, 11 February 2010

Confucius

I Hear I Forget,
I See I Remember,
I Do and I Understand

The Top 40 Rich Malaysian's in 2007

1. Robert Kuok USD 10 billion, 84, married, 8 children.Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group, Wilmar International

2. Ananda Krishnan USD 7.2 billion, 70, married, 3 children.Maxis Comminications, Aircel Ltd, Astro All Asia Networks

3. Lee Shin Cheng USD 5.5 billion, 69, married, 6 children.IOI Group

4.Teh Hong Piow USD 3.5 billion, 78, married, 4 children.Public Bank

5.Lee Kim Hua & family USD 3.4 billion, 79, widow, 6 children.Genting Group

6.Quek Leng Chan USD 2.4 billion, 67, married, 3 children.Hong Leong Group, Guoco Group, Rank Group

7.Yeoh Tiong Lay and family USD 2.1 billion, 78, widow, 7 children.YTL Corporation

8.Syed Mokhtar AlBukhary USD 1.8 billion, 56, married, 5 children.Malaysia Mining Corporation (MMC), Malaysia Johor Port, Malakoff, Gas Malaysia

9.Vincent Tan USD 1.3 billion, 56, married, 11 children.Berjaya Group

10.Tiong Hiew King USD 1.1 billion, 78, married, 4 children.Rimbunan Hijau Group, Tri-M Technologies

11.Azman Hashim USD 700 million, 68, married, 5 children.AMCorp Group, Ambank

12.William H. J. Cheng USD 660 million, 65, married, 3 children.Lion Group

13.Lee Swee Eng USD 495 million, 52, married.KNM Group

14.Ong Beng Seng USD 470 million, 63, married, 2 children.Hotel Properties Ltd, Natsteel

15.Lim Kok Thay USD 345 million, 56, married, 3 children.Genting Group, Star Cruises. Alliance Global

16.Vinod Sekhar USD 320 million, 40, married, 2 children.Petra Group, Green Rubber Global

17.Lee Oi Hian USD 300 million, 57, married, 4 children.Kuala Lumpur Kepong, Crabtree & Evelyn

18.Yaw Teck Seng USD 295 million, 70, married.Samling Group

19.Anthony Fernandes USD 290 million, 44, married.AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X

20.Mokhzani Mahathir USD 285 million, 47, married, 5 children.Kencana

21.Kamarudin Meranun USD 280 million, 47, married, 5 children.AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X

22.Jeffrey Cheah USD 275 million, 63, married, 3 children.Sunway Group

23.Lee Hau Hian USD 250 million, 55, married, 1 children.Batu Kawan, Kuala Lumpur Kepong

24.Chong Chook Yew USD 245 million, 86, widow, 4 children.Selangor Properties

25.Yaw Chee Ming USD 240 million, 49, married.Samling Group

26.G. Gnanalingam USD 230 million, 63, married, 3 children.Westports

27.Lim Wee Chai USD 200 million, 50, married, 2 children.Top Glove

28.Kua Sian Kooi USD 195 million, 55, married, 4 children.Kurnia Asia

29.Lau Cho Kun USD 185 million, 72, married.Gek Poh Holding, Malaysian Mosaics, Hap Seng

30.Abdul Hamed Sepawi USD 180 million, 58, married, 2 children.Ta Ann

31.David Law Tien Seng USD 165 million.Midwest, Sinosteel, T.S.Law Holding

32.Tiah Thee Kian USD 163 million, 61, married, 5 children.TA Enterprise

33.Liew Kee Sin USD 160 million, 50, married, 4 children.SP Setia

34.Ahmayuddin Ahmad USD 155 million, 51, married, 4 children.Westports, Pelikan

35.Eleena Azlan Shah USD 150 million, 48, married.Gamuda

36.Lin Yun Ling USD 145 million, 53, married, 2 children.Gamuda

37.Ong Leong Huat USD 130 million, 64, married, 4 children.OSK Group

38.Lim Thian Kiat USD 115 million, 50, divorced.Former head of conglomerate Multi-Purpose

39.Khoo Kay Peng USD 110 million, 69.MUI, Laura Ashley

40.Nazir Razak USD 100 million, 41, married.CIMB, Bumiputra Commerce Holdings

PhD

ada orang kata Perasaan Hasad Dengki
ada orang kata Permanent Head Damage
ada orang kata Piled Higher and Deeper
ada orang kata Patiently Hoping for a Degree
ada orang kata Professorship? Hah! Dream on!
ada orang kata Please Hire. Desperate
ada orang kata Pour Him a Drink
ada orang kata Philosophically Disturbed
ada orang kata Probably Headed for Divorce
ada orang kata Probably Heavily in Debt
ada orang kata Patienly Headed Downhill
ada orang kata Potential Heavy Drinker
ada orang kata Profesional Hamburger Dispenser
ada orang kata Post Hole Digger
ada orang kata Profesional Hair Dresser
ada orang kata Piano Hauling Done
ada orang kata Pizza Hut Driver
ada orang kata Pretty Heavily Depressed
ada orang kata Prozac Handouts Desired
ada orang kata Pretty Heavy Diploma
ada orang kata Pretty Horrible Dissertation
dan yang paling kelakar daripada semua diatas
phd adalah Philosophy of Doctor!